CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Hampeh. Show all posts
Showing posts with label Hampeh. Show all posts

Monday, January 26, 2009



Glitter Words Live - http://www.glitterwordslive.com

Lucky No. 7...

Cuti mid sem dah bermula...Actually dah start tiga hari yang lalu..Semua rakan-rakan aku maybe sedang bergumbira bersama-sama rakan taulan dan juga family di kampong.. Tapi,aku??? Hurm nak cakap sedih tu adela cikit and nak cakap happy tu pun adalah jugak.. Alaaa..senang cakap aku sekarang di hantui perasaan yang mixed dikala cuti ini...

AKU TAK BALIK KAMPONG!!!

iye...aku memang tak balik pun ke kampong halaman dikala cuti mid semester yang berlanjutan selama 10 hari ini bermula hari khamis yang lepas..Bukan taknak balik woi..Just that aku ini memang macam ini..Kalau cuti itu sebulan keatas baru aku akan pulang ke kampong halaman.. Kalau setakat cuti seminggu lebih ini,baik aku duduk jela dekat rumah sewa kat Melaka ni...KESEORANGAN!!!


Bukan apa beb,aku taknakla menyusahkan mak bapak aku kat kampung tu...Dengan tiket bas yang harganya semakin melonjak ini..Baik aku beli pistol dari ngabeskan RM50 untuk tiket bas balik kampung...Mahal woooo...Pergi balik dah RM100..tu pun just untuk 3,4 hari..Takkan nak balik malam sebelum kelas kan???Mesti kena balik awal sehari or dua hari sebelum kelas start..Lagipon kat kampung aku takde buat apa-apa pun..Just melepak dan perabihkan duit mak bapak aku je,balik dari melepak pukul2,3 pagi,bangun tido pukul2,3 petang..Bangun je kena sarapan,lunch,tea time berlaukkan bebel dari mak aku(miss your nagging mak!!!!)...So,baik aku duduk membahagiakan diri kat umah sewa ini walaupun keseorangan..huhu...

Sepertimana topik diatas...No.7 bermaksud dah masuk tujuh semester aku tak balik cuti mid semester...Wahhh!!!Taktaula nak bangga ke or nak rasa bodoh dengan rekod yang telah aku cipta tu..huhu...Daripada Pre-Degree (3 semester) sampailah Degree (4 semester) aku tak balik cuti mid semester...Kental kan???hehe..Semua yang aku buat ini telah menyebabkan mak bapak aku taktau yang uitm ada cuti mid semester..haha..Tapi cuti mid semester kali ini yang paling mencabar bagi aku sebab aku melaluinya keseorangan...Not entirely la..Ada je geng aku yang tak balik,tapi dengan beliau,aku tak click sangat,rumah sewa pun lain-lain and dia pun ada agenda terancang sewaktu cuti ini..So,kami pun bawak diri masing-masing and...Tak spend cuti ini bersama...

Ramai rakan yang tak berpuas hati dengan pencapaian cemerlang aku dikala cuti mid semester ini...Ada je mulot yang berkata:

1)Woi abe,mak bapak ko tak sayang ko lagi ek???
2)Abe,ko dah takde rumah ye???
3)Abe,aku balik arini...kau nak folo???
4)JANGAN AKU JUMPA KO MATI KERING AFTER CUTI NI!!!!

Tula diantara kata-kata pedas yang aku akan terima sewaktu cuti mid semester bermula...Ada banyak lagi sebenarnya,aku simpan jela...hehe...Tapi gua tak kisah pun beb..Aku happy je kat sini walaupun keseorangan macam mamat gay kehilangan boipren...Asalkan ada benda alah and aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat,aku okay jelah...Antara aktiviti aku diwaktu cuti:

12pm - Bangun,mandi(kalau rajin)
1pm - Keluar Makan
2pm - Tengok movie/main game
5pm - Keluar jalan-jalan or carik makan..
7pm- Duduk depan laptop
10pm - Tengok movie(s)
2/3am- Tido

Simple je kan aktiviti aku..hehe..Tapi kurang sihat la.. Tak mengeluarkan peluh langsung!!! DON'T TRY THOSE AT HOME!!! Sebab tu badan aku makin debab je sekarang.. huhu. Tapi takpelah,dengan beberapa hari yang tinggal ini,aku plan nak isi slot joging dalam jadual harian aku tuh... Nak dapek kan fitness and shape baliK.. haha.. Kepoyoan melampau!!!

Aku dah start boring dah ni...Sunyi wooo malam-malam takde teman berborak.. Then adalah pulaks "kejadian" yang berlaku dirumah sewa ini tatkala aku dudok sorang dalam rumah sewa ini - mampos aku taknak bagitau!!!Tunggu cuti dah abeh baru aku reveal..huhu...Tapi gua tak goyang beb,gua berani dan still dudok lagi dekat umah ni..Yihaaa!!!(berlagak nak mampos!!!)Geng aku yang paling awal balik adalah pada hari rabu ini..Tiga hari je lagi dan tiga hari lagi aku kena tempuh halangan ini..Huhu

Oklah rakan-rakanku sekalian...Aku nak mengocapkan selamat tahun baru cina walaupon setiap sorang daripada korang muka seperti negro celup tepong...Kita orang Malaysia kan muhibbah tak gitu Pak Rusdi???Semua perayaan disambut bersama(kecuali thaipusam - ngeri siot!!!!)...Tulah aspirasi perpaduan yang kita amalkan selama ini...Then rakan-rakan,selamat bercuti pendek di kampung dan janganlah korang lupakan daku yang sorang ni ye...Salam!!!!

~The Pathetic of me...~

Thursday, January 22, 2009


::Cari Maut::

Ari isnin baru-baru ni,aku bersama-sama dengan Azhar,Aiman,Adi telah bersama-sama plan untuk tengok wayang di GSC Dataran Pahlawan..Kami tak plan pun nak tengok cerita apa,kitorang just gamble je and tengok je cerita pape yang best pada masa tu..Al-maklomla masa tu class semua cancel sebab lecturer ada meeting ape tah...Diatas sebab boring nak mati,kami pon bersama-sama membunuh masa free kami untuk menonton wayang.Kami bertolak diantara pukul2 camtu..

Aku and adi adalah peminat Youthsays dan kami agak kronik dalam menjawab soklan-soklan yang ada dalam web Youthsays ni..Seminggu sebelom plan tengok wayang ni,aku and adi ada ternampak soklan dalam Youthsays dimana si Penanya cakap cerita Maut ni best and menarik untuk ditonton..Review beliau terhadap movie "Maut" yang diarahkan oleh Bade Hj. Azmi ini sangatla meyakinkan sehingga menyebabkan aku and adi jadi tertarik untuk tengok cerita ni.. Ditambah pulak dengan pelakon hot-hot,kaw-kaw,and otai-otai cam Liyana Jasmay,Raja Farah,Que Haidar etc yang membuatkan aku and adi lagi berminat untuk menonton filem ni..

Berbalik pada plan di hari takde kelas ni,kebetolan la plak cerita MAUT ni ada ditayangkan pada hari tu,pukul tiga..Harga tiket RM7 and lokasinya adalah di hall no.1 dimana hanya movie baru saja ditayangkan disitu..Apa lagi,kami pon amik jela risiko tengok cerita Melayu ni.Mana tau memang best ke.Kami pilih seat belakang and tengah-tengah,spot yang biasa kami tengok bila menonton bersama...Kang kalau pilih kapel seat orang caj kumpulan gay pulak kn???Kepala otak kami telah set expectations yang tinggi terhadap filem melayu ni..Bukan pe,kami ni payah nak tengok cerita Melayu ni,banyak sangat yang tak berkualiti.Hope sangat filem Maut ni tak menempah maut buat kami,membunuh persepsi kami terhadap filem-filem Melayu yang akan datang...

Mak ai luasnye panggung nombor satu ni!!!Dahle bape ketol je orang yang tengok cerita ni...Aku pon dah plan dengan geng yang lain,kalu cerita ni ampeh,kita main nyorok-nyorok dalam panggung ni ok???hehe.Cerita pun dah start..Intro cerita ni dimulakan dengan surah dari Al-Quran dan menyentuh pasal maut camtula.. Agak seram la..baru intro je..Dah abes cerita,kami bersama menyumpah seranah sebab cerita dia hampeh nak mampos!!!Buat rugi RM7 aku je!!! Apesal kebelakangan ni aku asyik tengok cerita hampeh-hampeh je!!!Cerita MAUT ni memang sesuai dengan tajuk dia korang tau tak.Hampir menempah maut buat kami je!!!Dahla jalan cerita hampeh,bengong and slow tahap SLOTH (binatang yang lagi slow dari sipot),wat aku rasa nak je keluar awal..Bila pikir duit yang dah diabeskan,aku just menahan dan terus menerus memaki hamon cerita ni sampai la ke hujungnya...

Pelakon-pelakon yang otai and hot kaw-kaw semua dah ditelan and tenggelam bersama kehampehan cerita dan skrip cerita MAUT ni..Dah tak nampak kehebatan dan kecantikan mereka..Yang nampak hanyalah beberapa orang bodoh yang berlakon suka-suka di masa lapang.EEE...GERAMNYA!!!!Macam buang duit dalam mangkok jamban je.Aku pikir cerita camni baik buat cerekarama la...tak layak begelar filem la Bade hj Azmi!!!!Mesej filem ni memang la nampak and bagos diketengahkan,tapi jalan penceritaan untuk menonjolkan mesej filem tu hampeh dan total gagal...Menghampakan..Sumpah dah aku tak tengok cerita Melayu camni lagi.Kalau orang belanja takpela..Hehe.. Hari kami untuk bersuka ria akhirnya menjadi tragedi dan rosak punah!!!By the way,kami seronok memaki dan mengutuk filem tu dari sana sampaila ke rumah masing-masing...Kepada pengarah Bade Hj. Azmi,maut lah ko bersama cerita ko ni...

~HAMPEH!!!~

Friday, January 9, 2009




They Wait = Hampeh Nyiur!!!!


Pada malam minggu lepas,aku dan beberapa orang geng telah ke GSC Dataran Pahlawan untuk tengok wayang cita antu..Ni semua idea adi carlos kerana dia amatla boring di malam terbabit.. Kitorang pon layankan jela mood beliau dan ikot beliau untok tengok cita antu..Aku tak berapa layan sangat cita antu zaman skang.Makin mengarot and keseraman dia semakin berkurangan.. Kadang boleh buat filem komedi plak..

Malam tu kitorang telah dilanda dengan satu dilemma..Dimana malam tu tetiba lak ada dua cerita hantu yang berkebetulan ditayangkan pada waktu yang sama.Azhar Rafael nak tengok cerita "They Wait" and Adi Carlos lak nak tengok cerita zombi bertajuk "Diary of The Dead"..And aku, Abe Donadoni, tak tau nak pilih mana..Just ikot dorang jela..Adi Carlos ni sorang yang cepat mengalah.. Selepas bertekak selama lima minit di depan kaunter, Adi pun merelakan pilihan Azhar Rafael sebagai pemenang pada malam tu..Aku dapat rasa sumtin unusual pasal cerita They wait ni...Poster pon cam seram je..Takpe,layankan jela..Tiket RM9..Boley tahan mahal..
Mesti blokbaster ni...

Movie Start pukul 11.15 malam dan kami pun enter the panggung dengan harapan yang cerita ni boleh buat kitorang tak tido malam..Sekotak pop corn telah disediakan manela tau seram sangat..boleh buat cover muka..Aku bukanlah penakot...tapi saja je wat camtu sebagai penghargaan aku kepada cerita seram..(ALASAN!!!!!)..Cerita pun start..20minit memang slow sangat..kami menunggu untuk menjerit ketakotan...

Cerita dah sampai klimaks...Betapa hampehnye cerita ni!!!!Arggghhhh...Dahla tak seram.. Terkejot sekali dua adela.Kelakar pulak tuh!!!Grafik and jalan cerita best siket dari Zombi Kampong Pisang..Buat rugi duit je korang tau tak!!!!Aku menyumpah and gelak-gelak je sepanjang cerita ni..Sampai ada penonton lain gelak bila aku gelak..They Wait,sesungguhnya We Wait for the story to end faster!!!Bila dah abis cerita ni,kitorang pun maki-maki cerita ni dan rata-rata penonton yang lain pun turut serta menghamun cerita yang hampeh ni..

Aku xtaula beb,sejak dua menjak ni,duit aku banyak terbang kat cerita yang tah pape dan hampeh ni..Bila la cerita yang best-best nak keluar..At least dapek la aku mengobatkan hati aku ni,neutral kan balik otak aku yang dah kotor maki maki cerita yang siol ni....So,korang terpikir nak tengok cerita ni???Silakan..."I WAIT!!!"

~Ugh..~

Sunday, December 21, 2008




The Night My Ass Should Stay Still

19hb Disember 2008,10.30pm

Iji...Mari ah tgk movie,cito Keanu Reeves wooo~~cito the day the earth stood still!!!Dgr kato sdap cito tu..mari ah tgk wei!!!takdok life la mung ni...Tula kata2 trakhir adi carlos kat aku, mencadangkan aku agar tgk wayang dengan beliau..cerita yang dimaksudkan dia tu dah seminggu ditayangkan..tgk trailer pun cambest je.Tapi actually aku ada plan tersendiri nak tengok cerita ape nanti and the movie is "YES MAN!!" lakonan Jim Carrey,pelakon idola aku sejak kecik lagi..So demi sahabat terchenta,aku korbankan jela hasrat aku nak tengok cerita Jim Carrey...layankan jela diri tengok cite The Day,The Earth Stood Still..

Movie tersebot start pukol 12.15am mlm tu jugak dimana kitorang gamble kan diri kitorang nak beli tiket on the spot.."kalu tadok tiket,kite g karok!Don't worry lah!!!",berkata adi untok memberikan semangat kepada aku and aiman yang juga turut serta dalam ekspedisi kali ni. tapi budak aiman ni bertuah sebab adi blanje dia,upah format laptop adi katanye..Menunggu masa nak tengok wayang,kitorang pergi dinner dulu and after that kitorang straight pergi ke GSC dataran pahlawan,masa sampai dah pukul 11 lbh...

Fuh!!!Ada lagi tiket..byk lagi...tapi aku dah rasa suspicious apesal sikit je org layan cite blokbaster ni???ke ni cite blackbastard ekk???Alaa...maybe sebab dah seminggu kot,orang dah abes tengok pon,kita je yang lambat sangat..Ermm,tula kata2 yang memotivasikan aku walaupon aku tengok orang ramai sedang beratur menunggu nak tengok citer Yes Man!!!Sabo jela weii... Kitorang pon enter the hall..

Seat kitorang kat blakang and tengah...dalam panggung tu memang bole dikira brape orang yang tengok cerita tu,tapi actually aku lagi suka keadaan yang tak crowded..nak tengok movie pon boleh fokus sket..Tak gitu..Cam biase lepas iklan 5minit,movie pon start la..Aku menaroh harapan tinggi kat cerita ni...JANGAN BAZIRKAN RM10 AKU!!!!!!

Tapi after 2jam cerita tu dimainkan...aku pun berjalan keluar sambil menyumpah seranah...adi wat muka selamba and aiman wat derk je..HAMPEH siot cerita tu..Masa awal and nak menuju pertengahan cerita bolehla tahan,tapi towards the ending and resolution cerita tu tahap ampeh...
Faktap tol...harga tket mahal tapi cte cam faktap.MEMBAZIR RM10 je tau tak!!!That Night, My Ass Should Stay Still in the house...Menyesal aku...huhu..Tapi next week aku akan tengok gak cita YES MAN!!! bagi mengobati ati aku yang tengah faktap lagi sampai skang...

~Warrrgggghhhhh!!!~