CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Wednesday, January 28, 2009

Bila Lah nak keluar ini cerita....

Filem: Ong Bak 2 - The Real Fight
Date : March 2009
Actor: Tony Jaa


Adoiyai...aku dah tunggu lama dah cerita ini nak keluar...lambat lah weittt..Aku cukup suka cerita eksyen and gadoh-gadoh ni korang tau tak..Lagi-lagi kalau yang berlakon itu adelh pelakon kesukaan aku.. Tapi kan...Bukan bermakna aku anggap keganasan itu benda paling indah dan cakap aku ini suka dan sokong pada keganasan..Tidak handret persennnn.Aku anggap cerita sebegini, adalah bagos sangat bukan sahaja untuk masyarakat tapi pada negara itu sendiri dimana mereka mengetengahkan seni mempertahankan diri tradisional kebanggaan mereka di pentas global...Tak macam negara kita yang fofuler dengan silat(ada macam-macam jenis silat sampai aku taktau ada berapa)...Tapi takda daya saing langsung untuk memartabatkan ia ke pentas dunia,memfaymeskan ia berlipat-lipat kali ganda macam yang dibuat oleh pengarah dan juga pelakon utama cerita ini,Tony Jaa.. AH!!!Persetanlah dengan isu ni,kita berbalik semula dengan filem yang bakal menemui kita ni haaa...Aku memang menaruh harapan yang agak tinggi untok filem ni....sebagaimana yang telah aku lakukan pada cerita Tony Jaa yang lepas-lepas(Tom Yung Goong & Ong Bak)dimana keduanya gempak dol!!!!So,kepada peminat filem eksyen dan gadoh-gadoh,jom teman aku tahan stim sampai filem ni keluar ye..



~Hehe~

Sunday, January 25, 2009


Wayang...

Konpem ramai yang tak tahu menahu pasal filem tempatan yang bertajuk "WAYANG" ni..

Aku dapat tahu pasal filem ini pun time pergi pejabat hal ehwal pelajar dekat kampus UiTM bandaraya Melaka,di tingkat 15..Ada terpampang satu poster saiz A3 di noticeboard di situ.Pelik???Ye,filem wayang ni adalah filem pertama keluaran UiTM Malaysia..Membanggakan wooo...Institusi lain ade buat cam UiTM buat ni tak???Cam tak ade je...hehe.Bukan nak bongkak,bukan nak hawau dengan institusi lain,tapi benda sebegini memang patot dibanggakan..Bukan senang woi nak wat satu filem yang berkualiti..Filem yang Razak Mohaideen and Mamat Khalid tu tak tergolong la..semua hawau busut punya filem tu.. Hehe..

Berbalik semula pada filem ni..aku tak faham sangat kenapa kurang manusia berminat nak tengok filem sebegini padahal bagi aku filem sebeginilah yang patut mereka tengok - filem yang berkualiti dan worth every penny.Memangla filem ni tak sehebat filem Transformers,Harry Putet dan juga Underworld..Tapi as a Malaysian yang dah sekian lama bergelumang dengan beratus filem Malaysia yang hampeh,filem sebegini at least dapat mengubati luka dan memperbetulkan semula persepsi kita pada filem Melayu yang semakin mendapat sambutan makian daripada penonton Malaysia itu sendiri..

Silap penerbit filem ini sendiri,promotion untuk cerita ini amatlah kurang..Budget lari ke,ekonomi gawat sehari sebelum krismas ke aku pun tak taula..Tapi memang kurangla!!!Kalau tak camne aku yang kaki wayang ini boleh tak perasan filem ni kat panggung???Tak pasal-pasal aku berabis duit kat beberapa filem yang sangatla hampeh dikebelakangan nih..huhu..Maybe masa promotion itu aku yang tak perasan kot..Korang perasan???

Barisan pelakon dalam filem ni pun boleh dibanggakan specially kat Zulhuzaimy "Spark" Marzuki dan juga Eman "Mat Pit" Manan yang aku memang respek dari dulu lagi..Lakonan diorang berkesan dan cukup memberikan effect padaku yang fragile nih..hehe..Pelakon lain seperti Ida Nerina,Mas Muharni (<--hawt dol chick nih!!!) dan Wan Kenari juga tak boleh aku lupa sebab diorang juga penyumbang kepada keberkesanan jalan cerita dalam filem ini..Wah bukan senang aku nak puji filem Melayu nih!!!Last filem Melayu yang aku puji adalah filem "CINTA" oleh Kabhir Bahtiar yang mana filem itu pun dah lama ditayangkan.Sejak dari itu,filem baru Melayu yang aku tengok semua hampeh...Yang paling ok pun just "OK" jela.Tak lebih dari itu..

Jangan haraplah aku nak ceritakan sinopsis filem ini kat korang..Nak tahu,check sendiri dekat internet ok??Better korang tengokla filem ini ok???Download la or amek kat sesiapa yang dah mendownload filem ini..Memang best,penuh dengan tradisi,pengajaran dan feeling...Aku hampir nanges tengok filem ini korang tau??Nasib baik kemachoan mengabui segalanya,HAHAHAHA..poyo je aku ni..

Filem ni dialognya adalah dalam dialek Kelantan (ada subtitle omputih bagi mereka yang tak paham) dimana setting cerita ini pun most di Kelantan.. Durasinya pula dalam lebih kurang 2jam jugak laa..Rating aku pada filem ini 3.5 bintang which is the very best among cerita Melayu yang aku tengok..So,kepada anak-anak Malaysia sekalian,jangan lupa menonton filem Wayang ini ok..Konpem puas hati punyela.Takkan rugi dua jam hidup korang.


~Tengok jangan tak tengok!!!~

Thursday, January 22, 2009


::Cari Maut::

Ari isnin baru-baru ni,aku bersama-sama dengan Azhar,Aiman,Adi telah bersama-sama plan untuk tengok wayang di GSC Dataran Pahlawan..Kami tak plan pun nak tengok cerita apa,kitorang just gamble je and tengok je cerita pape yang best pada masa tu..Al-maklomla masa tu class semua cancel sebab lecturer ada meeting ape tah...Diatas sebab boring nak mati,kami pon bersama-sama membunuh masa free kami untuk menonton wayang.Kami bertolak diantara pukul2 camtu..

Aku and adi adalah peminat Youthsays dan kami agak kronik dalam menjawab soklan-soklan yang ada dalam web Youthsays ni..Seminggu sebelom plan tengok wayang ni,aku and adi ada ternampak soklan dalam Youthsays dimana si Penanya cakap cerita Maut ni best and menarik untuk ditonton..Review beliau terhadap movie "Maut" yang diarahkan oleh Bade Hj. Azmi ini sangatla meyakinkan sehingga menyebabkan aku and adi jadi tertarik untuk tengok cerita ni.. Ditambah pulak dengan pelakon hot-hot,kaw-kaw,and otai-otai cam Liyana Jasmay,Raja Farah,Que Haidar etc yang membuatkan aku and adi lagi berminat untuk menonton filem ni..

Berbalik pada plan di hari takde kelas ni,kebetolan la plak cerita MAUT ni ada ditayangkan pada hari tu,pukul tiga..Harga tiket RM7 and lokasinya adalah di hall no.1 dimana hanya movie baru saja ditayangkan disitu..Apa lagi,kami pon amik jela risiko tengok cerita Melayu ni.Mana tau memang best ke.Kami pilih seat belakang and tengah-tengah,spot yang biasa kami tengok bila menonton bersama...Kang kalau pilih kapel seat orang caj kumpulan gay pulak kn???Kepala otak kami telah set expectations yang tinggi terhadap filem melayu ni..Bukan pe,kami ni payah nak tengok cerita Melayu ni,banyak sangat yang tak berkualiti.Hope sangat filem Maut ni tak menempah maut buat kami,membunuh persepsi kami terhadap filem-filem Melayu yang akan datang...

Mak ai luasnye panggung nombor satu ni!!!Dahle bape ketol je orang yang tengok cerita ni...Aku pon dah plan dengan geng yang lain,kalu cerita ni ampeh,kita main nyorok-nyorok dalam panggung ni ok???hehe.Cerita pun dah start..Intro cerita ni dimulakan dengan surah dari Al-Quran dan menyentuh pasal maut camtula.. Agak seram la..baru intro je..Dah abes cerita,kami bersama menyumpah seranah sebab cerita dia hampeh nak mampos!!!Buat rugi RM7 aku je!!! Apesal kebelakangan ni aku asyik tengok cerita hampeh-hampeh je!!!Cerita MAUT ni memang sesuai dengan tajuk dia korang tau tak.Hampir menempah maut buat kami je!!!Dahla jalan cerita hampeh,bengong and slow tahap SLOTH (binatang yang lagi slow dari sipot),wat aku rasa nak je keluar awal..Bila pikir duit yang dah diabeskan,aku just menahan dan terus menerus memaki hamon cerita ni sampai la ke hujungnya...

Pelakon-pelakon yang otai and hot kaw-kaw semua dah ditelan and tenggelam bersama kehampehan cerita dan skrip cerita MAUT ni..Dah tak nampak kehebatan dan kecantikan mereka..Yang nampak hanyalah beberapa orang bodoh yang berlakon suka-suka di masa lapang.EEE...GERAMNYA!!!!Macam buang duit dalam mangkok jamban je.Aku pikir cerita camni baik buat cerekarama la...tak layak begelar filem la Bade hj Azmi!!!!Mesej filem ni memang la nampak and bagos diketengahkan,tapi jalan penceritaan untuk menonjolkan mesej filem tu hampeh dan total gagal...Menghampakan..Sumpah dah aku tak tengok cerita Melayu camni lagi.Kalau orang belanja takpela..Hehe.. Hari kami untuk bersuka ria akhirnya menjadi tragedi dan rosak punah!!!By the way,kami seronok memaki dan mengutuk filem tu dari sana sampaila ke rumah masing-masing...Kepada pengarah Bade Hj. Azmi,maut lah ko bersama cerita ko ni...

~HAMPEH!!!~

Wednesday, January 14, 2009

G. I Joe - The Rise of Cobra

Korang kenal tak G.I Joe???Pernah tengok tak kartun dia masa kecik-kecik dulu???Haaa..lau tak pernah tu,wa tak dapekla nak nolong sebab G.I JOE adalah antara wira aku masa kecik dulu.. Minat aku yang teramat sangat masa kecik dulu membuatkan aku sampai merengek-rengek,berguling-guling depan bapak aku,suroh beliau belikan aku action figure dia kat aku...
Bapak aku pun terpaksa akur and belikan aku patung G.I JOE kat aku walaupon just yang cetak rompak je.Nak belikan yang original tak boleh sebab mahal gila babun...Belikan yang murah suddehhh..Thanks abah sebab melayan kerenah anak anda yang degil ni...hehe...

Semua tu 15thn lepas la geng...DAH LAMA BERLALU...Dah tinggal sejarah je..Di ketika Masa berlalu pantas,aku pun dah try untuk minat something realistik,dah bercinta,bergaduh and macam-macam lagi..Dah pudar kegilaan aku pada G.I JOE ni..Sampaila dua minggu lepas masa aku pergi GSC Dataran Pahlawan bersama geng kaki wayang yang kurang encemnye... Masa kitorang beli pop korn,dibaginye satu kalendar dan didalam kalendar tu terdapat la plak gambar-gambar poster filem-filem yang akan di-release pada 2009...Alangkah terkezutnye aku bila ternampak gambar poster filem G.I JOE ni...Filem nya release pada 7 August 2009!!!! Ak pun ape lagi,balek umah terus carik trailer filem ni kat youtube...Tapi still tak release lagi trailer nye..huhu..

Tapi aku dah membuat perjanjian darah dengan geng-geng aku...Aku akan engok film ni on the premier show...Kecuali la lau ada function urgent masa tu.huhu..Aku dah letakkan filem ni sebagai top of the list filem-filem target 2009..Watch out for me wahai G.I JOE!!!

YOE JOE!!!!


~Tak Sabarnyeeeee~

Friday, January 9, 2009




They Wait = Hampeh Nyiur!!!!


Pada malam minggu lepas,aku dan beberapa orang geng telah ke GSC Dataran Pahlawan untuk tengok wayang cita antu..Ni semua idea adi carlos kerana dia amatla boring di malam terbabit.. Kitorang pon layankan jela mood beliau dan ikot beliau untok tengok cita antu..Aku tak berapa layan sangat cita antu zaman skang.Makin mengarot and keseraman dia semakin berkurangan.. Kadang boleh buat filem komedi plak..

Malam tu kitorang telah dilanda dengan satu dilemma..Dimana malam tu tetiba lak ada dua cerita hantu yang berkebetulan ditayangkan pada waktu yang sama.Azhar Rafael nak tengok cerita "They Wait" and Adi Carlos lak nak tengok cerita zombi bertajuk "Diary of The Dead"..And aku, Abe Donadoni, tak tau nak pilih mana..Just ikot dorang jela..Adi Carlos ni sorang yang cepat mengalah.. Selepas bertekak selama lima minit di depan kaunter, Adi pun merelakan pilihan Azhar Rafael sebagai pemenang pada malam tu..Aku dapat rasa sumtin unusual pasal cerita They wait ni...Poster pon cam seram je..Takpe,layankan jela..Tiket RM9..Boley tahan mahal..
Mesti blokbaster ni...

Movie Start pukul 11.15 malam dan kami pun enter the panggung dengan harapan yang cerita ni boleh buat kitorang tak tido malam..Sekotak pop corn telah disediakan manela tau seram sangat..boleh buat cover muka..Aku bukanlah penakot...tapi saja je wat camtu sebagai penghargaan aku kepada cerita seram..(ALASAN!!!!!)..Cerita pun start..20minit memang slow sangat..kami menunggu untuk menjerit ketakotan...

Cerita dah sampai klimaks...Betapa hampehnye cerita ni!!!!Arggghhhh...Dahla tak seram.. Terkejot sekali dua adela.Kelakar pulak tuh!!!Grafik and jalan cerita best siket dari Zombi Kampong Pisang..Buat rugi duit je korang tau tak!!!!Aku menyumpah and gelak-gelak je sepanjang cerita ni..Sampai ada penonton lain gelak bila aku gelak..They Wait,sesungguhnya We Wait for the story to end faster!!!Bila dah abis cerita ni,kitorang pun maki-maki cerita ni dan rata-rata penonton yang lain pun turut serta menghamun cerita yang hampeh ni..

Aku xtaula beb,sejak dua menjak ni,duit aku banyak terbang kat cerita yang tah pape dan hampeh ni..Bila la cerita yang best-best nak keluar..At least dapek la aku mengobatkan hati aku ni,neutral kan balik otak aku yang dah kotor maki maki cerita yang siol ni....So,korang terpikir nak tengok cerita ni???Silakan..."I WAIT!!!"

~Ugh..~

Sunday, December 21, 2008




The Night My Ass Should Stay Still

19hb Disember 2008,10.30pm

Iji...Mari ah tgk movie,cito Keanu Reeves wooo~~cito the day the earth stood still!!!Dgr kato sdap cito tu..mari ah tgk wei!!!takdok life la mung ni...Tula kata2 trakhir adi carlos kat aku, mencadangkan aku agar tgk wayang dengan beliau..cerita yang dimaksudkan dia tu dah seminggu ditayangkan..tgk trailer pun cambest je.Tapi actually aku ada plan tersendiri nak tengok cerita ape nanti and the movie is "YES MAN!!" lakonan Jim Carrey,pelakon idola aku sejak kecik lagi..So demi sahabat terchenta,aku korbankan jela hasrat aku nak tengok cerita Jim Carrey...layankan jela diri tengok cite The Day,The Earth Stood Still..

Movie tersebot start pukol 12.15am mlm tu jugak dimana kitorang gamble kan diri kitorang nak beli tiket on the spot.."kalu tadok tiket,kite g karok!Don't worry lah!!!",berkata adi untok memberikan semangat kepada aku and aiman yang juga turut serta dalam ekspedisi kali ni. tapi budak aiman ni bertuah sebab adi blanje dia,upah format laptop adi katanye..Menunggu masa nak tengok wayang,kitorang pergi dinner dulu and after that kitorang straight pergi ke GSC dataran pahlawan,masa sampai dah pukul 11 lbh...

Fuh!!!Ada lagi tiket..byk lagi...tapi aku dah rasa suspicious apesal sikit je org layan cite blokbaster ni???ke ni cite blackbastard ekk???Alaa...maybe sebab dah seminggu kot,orang dah abes tengok pon,kita je yang lambat sangat..Ermm,tula kata2 yang memotivasikan aku walaupon aku tengok orang ramai sedang beratur menunggu nak tengok citer Yes Man!!!Sabo jela weii... Kitorang pon enter the hall..

Seat kitorang kat blakang and tengah...dalam panggung tu memang bole dikira brape orang yang tengok cerita tu,tapi actually aku lagi suka keadaan yang tak crowded..nak tengok movie pon boleh fokus sket..Tak gitu..Cam biase lepas iklan 5minit,movie pon start la..Aku menaroh harapan tinggi kat cerita ni...JANGAN BAZIRKAN RM10 AKU!!!!!!

Tapi after 2jam cerita tu dimainkan...aku pun berjalan keluar sambil menyumpah seranah...adi wat muka selamba and aiman wat derk je..HAMPEH siot cerita tu..Masa awal and nak menuju pertengahan cerita bolehla tahan,tapi towards the ending and resolution cerita tu tahap ampeh...
Faktap tol...harga tket mahal tapi cte cam faktap.MEMBAZIR RM10 je tau tak!!!That Night, My Ass Should Stay Still in the house...Menyesal aku...huhu..Tapi next week aku akan tengok gak cita YES MAN!!! bagi mengobati ati aku yang tengah faktap lagi sampai skang...

~Warrrgggghhhhh!!!~