CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 22, 2009


::Cari Maut::

Ari isnin baru-baru ni,aku bersama-sama dengan Azhar,Aiman,Adi telah bersama-sama plan untuk tengok wayang di GSC Dataran Pahlawan..Kami tak plan pun nak tengok cerita apa,kitorang just gamble je and tengok je cerita pape yang best pada masa tu..Al-maklomla masa tu class semua cancel sebab lecturer ada meeting ape tah...Diatas sebab boring nak mati,kami pon bersama-sama membunuh masa free kami untuk menonton wayang.Kami bertolak diantara pukul2 camtu..

Aku and adi adalah peminat Youthsays dan kami agak kronik dalam menjawab soklan-soklan yang ada dalam web Youthsays ni..Seminggu sebelom plan tengok wayang ni,aku and adi ada ternampak soklan dalam Youthsays dimana si Penanya cakap cerita Maut ni best and menarik untuk ditonton..Review beliau terhadap movie "Maut" yang diarahkan oleh Bade Hj. Azmi ini sangatla meyakinkan sehingga menyebabkan aku and adi jadi tertarik untuk tengok cerita ni.. Ditambah pulak dengan pelakon hot-hot,kaw-kaw,and otai-otai cam Liyana Jasmay,Raja Farah,Que Haidar etc yang membuatkan aku and adi lagi berminat untuk menonton filem ni..

Berbalik pada plan di hari takde kelas ni,kebetolan la plak cerita MAUT ni ada ditayangkan pada hari tu,pukul tiga..Harga tiket RM7 and lokasinya adalah di hall no.1 dimana hanya movie baru saja ditayangkan disitu..Apa lagi,kami pon amik jela risiko tengok cerita Melayu ni.Mana tau memang best ke.Kami pilih seat belakang and tengah-tengah,spot yang biasa kami tengok bila menonton bersama...Kang kalau pilih kapel seat orang caj kumpulan gay pulak kn???Kepala otak kami telah set expectations yang tinggi terhadap filem melayu ni..Bukan pe,kami ni payah nak tengok cerita Melayu ni,banyak sangat yang tak berkualiti.Hope sangat filem Maut ni tak menempah maut buat kami,membunuh persepsi kami terhadap filem-filem Melayu yang akan datang...

Mak ai luasnye panggung nombor satu ni!!!Dahle bape ketol je orang yang tengok cerita ni...Aku pon dah plan dengan geng yang lain,kalu cerita ni ampeh,kita main nyorok-nyorok dalam panggung ni ok???hehe.Cerita pun dah start..Intro cerita ni dimulakan dengan surah dari Al-Quran dan menyentuh pasal maut camtula.. Agak seram la..baru intro je..Dah abes cerita,kami bersama menyumpah seranah sebab cerita dia hampeh nak mampos!!!Buat rugi RM7 aku je!!! Apesal kebelakangan ni aku asyik tengok cerita hampeh-hampeh je!!!Cerita MAUT ni memang sesuai dengan tajuk dia korang tau tak.Hampir menempah maut buat kami je!!!Dahla jalan cerita hampeh,bengong and slow tahap SLOTH (binatang yang lagi slow dari sipot),wat aku rasa nak je keluar awal..Bila pikir duit yang dah diabeskan,aku just menahan dan terus menerus memaki hamon cerita ni sampai la ke hujungnya...

Pelakon-pelakon yang otai and hot kaw-kaw semua dah ditelan and tenggelam bersama kehampehan cerita dan skrip cerita MAUT ni..Dah tak nampak kehebatan dan kecantikan mereka..Yang nampak hanyalah beberapa orang bodoh yang berlakon suka-suka di masa lapang.EEE...GERAMNYA!!!!Macam buang duit dalam mangkok jamban je.Aku pikir cerita camni baik buat cerekarama la...tak layak begelar filem la Bade hj Azmi!!!!Mesej filem ni memang la nampak and bagos diketengahkan,tapi jalan penceritaan untuk menonjolkan mesej filem tu hampeh dan total gagal...Menghampakan..Sumpah dah aku tak tengok cerita Melayu camni lagi.Kalau orang belanja takpela..Hehe.. Hari kami untuk bersuka ria akhirnya menjadi tragedi dan rosak punah!!!By the way,kami seronok memaki dan mengutuk filem tu dari sana sampaila ke rumah masing-masing...Kepada pengarah Bade Hj. Azmi,maut lah ko bersama cerita ko ni...

~HAMPEH!!!~

0 comments: