CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009




They Wait = Hampeh Nyiur!!!!


Pada malam minggu lepas,aku dan beberapa orang geng telah ke GSC Dataran Pahlawan untuk tengok wayang cita antu..Ni semua idea adi carlos kerana dia amatla boring di malam terbabit.. Kitorang pon layankan jela mood beliau dan ikot beliau untok tengok cita antu..Aku tak berapa layan sangat cita antu zaman skang.Makin mengarot and keseraman dia semakin berkurangan.. Kadang boleh buat filem komedi plak..

Malam tu kitorang telah dilanda dengan satu dilemma..Dimana malam tu tetiba lak ada dua cerita hantu yang berkebetulan ditayangkan pada waktu yang sama.Azhar Rafael nak tengok cerita "They Wait" and Adi Carlos lak nak tengok cerita zombi bertajuk "Diary of The Dead"..And aku, Abe Donadoni, tak tau nak pilih mana..Just ikot dorang jela..Adi Carlos ni sorang yang cepat mengalah.. Selepas bertekak selama lima minit di depan kaunter, Adi pun merelakan pilihan Azhar Rafael sebagai pemenang pada malam tu..Aku dapat rasa sumtin unusual pasal cerita They wait ni...Poster pon cam seram je..Takpe,layankan jela..Tiket RM9..Boley tahan mahal..
Mesti blokbaster ni...

Movie Start pukul 11.15 malam dan kami pun enter the panggung dengan harapan yang cerita ni boleh buat kitorang tak tido malam..Sekotak pop corn telah disediakan manela tau seram sangat..boleh buat cover muka..Aku bukanlah penakot...tapi saja je wat camtu sebagai penghargaan aku kepada cerita seram..(ALASAN!!!!!)..Cerita pun start..20minit memang slow sangat..kami menunggu untuk menjerit ketakotan...

Cerita dah sampai klimaks...Betapa hampehnye cerita ni!!!!Arggghhhh...Dahla tak seram.. Terkejot sekali dua adela.Kelakar pulak tuh!!!Grafik and jalan cerita best siket dari Zombi Kampong Pisang..Buat rugi duit je korang tau tak!!!!Aku menyumpah and gelak-gelak je sepanjang cerita ni..Sampai ada penonton lain gelak bila aku gelak..They Wait,sesungguhnya We Wait for the story to end faster!!!Bila dah abis cerita ni,kitorang pun maki-maki cerita ni dan rata-rata penonton yang lain pun turut serta menghamun cerita yang hampeh ni..

Aku xtaula beb,sejak dua menjak ni,duit aku banyak terbang kat cerita yang tah pape dan hampeh ni..Bila la cerita yang best-best nak keluar..At least dapek la aku mengobatkan hati aku ni,neutral kan balik otak aku yang dah kotor maki maki cerita yang siol ni....So,korang terpikir nak tengok cerita ni???Silakan..."I WAIT!!!"

~Ugh..~